Alkisah...
Sebenarnya dah lama En. Husband request ayam masak kicap. Tapi sejak ritu belom sempat lagi buat. Haritu balik rumah umi, umi dah masak ayam kicap. Sebab dia dapat tahu menantu kesayangan dia teringin nak makan ayam kicap.
So, after one month plus baru ade peluang buat ayam kicap.
Kadang-kadang tak tahu gak nak masak apa kan. Mungkin sebab limited knowledge dalam masakan. Sebab tu dok ulang benda sama.
Takpa-takpa jangan risau, nanti kita sama-sama improve demi kebahagiaan sendiri dan keluarga tercinta k.
So, alkisah google punya google, terjumpa la satu resepi ni dalam satu blog. Macam menarik je and terasa nak cuba. Lagipun, En. Husband memang suka pedas kan.
Jom cuba resepi Ayam masak kicap pedas dan sedap ni....
Ayam Masak Kicap Pedas & Sedap by KMS.
Reference : Azie Kitchen
A. Bahan-Bahan :
8-10 ketul Ayam - Gaul garam kunyit & goreng
1 Biji Kentag - Hiris nipis & goreng
1/2 Labu bawang BESAR - Hiris bulat
2 Sudu Cili Kisar - sebab En. Husband suka pedas
1/3 Sudu BESAR susu pekat manis
Serbuk Lada Hitam
4 Biji Cili Api
B. Rempah Penumis : Kayu Manis, Bunga Lawang, Buah Pelaga
C. Bahan Sos :
Kicap Pekat
Kicap Manis
Sos Tomato
Sos Tiram
D. Bahan-Bahan Kisar :
1/2 Labu Bawang BESAR
5 Ulas Bawang MERAH
2 Ulas Bawang PUTIH
1/2 Inci Halia
CARA-CARA
1. Goreng ayam yang telah digaul garam kunyit dan toskan
2. Goreng kentang yang telah dihiris bulat-bulat dan toskan
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis dan bahan kisar sehingga naik bau.
4. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga pecah minyak
5. Kemudian, masukkan Bahan Sos dan campurkan air. Kacau sehingga sebati.
6. Setelah mendidi, masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang BESAR, dan cili cili api
7. Akhir sekali masukkan ayam dan ubi kentang.
8. Gaul dan Siap!!
Tips : Kalau nk jimat masa, sediakan semua bahan mengikut category A, B, C, D terlebih dahulu, baru mula menumis. Supaya semuanya dah tersedia and teratur.
Anyway, ade jugak yang cakap ble campur susu pekat tu, resepi ni dipanggil Ayam Masak Kicap Black Rose. Me yang tak berapa nk reti masak ni first time try masak letak susu pekat, rasa teruja, sebab lepas masukkan susu pekat tu walaupun sikit je, terus texture kuah tu jadi lain. Haha teruja jab...
Apa tunggu lagi? Jom sama-sama cuba.
#ayam #masak #kicap #resepi #surirumah #bekerjaya #bekerja #engineer #masak #memasak #ayammasakkicap #pedas #blackrose #sedap #jalanjalancarimakan #kembaramakansedap #kembara
PERSOALAN
-
Adakah anda mengalami salah satu masalah di bawah?
Kurang keyakinan diri dengan penampilan payudara dan pinggul anda?
Majlis kahwin lagi sebulan, anda bel...