Kalau fikir pasal nak masak sayur apa kan, mesti kite buntu. Sebab En. Suami tak berapa gemar sayur. Ada sayur tertentu je yang dia makan. So, antara sayur yang dy makan adalah brokoli, anak jagung, bendi, dan terung. Memang yang ni perbezaan kami. Sebab kite suka makan sayur....selalu En. Suami ejek kita kambing. Haha (takpe, tak amek hati pon.)
Anyway, hari Ahad lepas kami pergi Pasar Borong Selangor. Fuhlamak! Beli macam-macam. So, alang-alang ade banyak barang ni, mula la rajin nak masak untuk bekal lunch kan. En. Suami memang suka bawak bekal. As long as isteri dy yang masak. Katanya la kan... (jangan muntah okeh).
So, ni resepi brokoli goreng simple nak bagi. Ihsan daripada google-google and ikut selera sendiri jugak.
Jom tengok resepi!!
Brokoli Goreng Simple
A. Bahan-Bahan :
1. 200gram Brokoli
2. Paste Bawang (Blend 1/2 Bawang BESAR dan 3 ulas Bawang PUTIH)
3. 5 ulas Bawang PUTIH
4. 2 Sudu Sos Tiram
5. Garam (secukup rasa)
6. Gula (secukup rasa)
B. Cara :
1. Rebus air di dalam periuk. Masukkan brokoli setelah air rebusan mendidih. Biarkan selama 3minit. Kemudian tos kan.
2. Hiris Bawang PUTIH dan goreng sehingga kekuning-kuningan. Kemudian tos kan.
3. Guna minyak yang sama, masukkan Paste Bawang.
4. Setelah seketika, masukkan sedikit air, kemudian masukkan brokoli yang telah ditoskan tadi, dan masukkan sos tiram.
5. Kacau sekejap, dan perasakan dengan garam dan gula ikut selera masing-masing.
6. Setelah selesai, padamkan api, dan hidangkan.
7. Tabur Bawang Putih yang digoreng tadi di atas hidangan sayur brokoli yang telah masak.
8. Selesai. Simple kan!
Resepi ni En. Hubby cakap sedap. So, mesti la kena simpan.
3 comments:
sedap lh tu resep,, I pn dah coba resep akak tu,,, sedap,,, sedap,, sedap,,, nak contoh resep lain boleh????
Assalamualaikum, pada sesiapa yang ada gula kencing manis tinggi bacaan 10 hingga
20 ke atas
Sukar kawal gula wlaupun dah cuba pelbagai petua dan herba
Jangan biarkan keadaan semakin serius!
saya ada herba herba khusus untuk turunkan gula dengan cepat.
Selamat, tanpa bahan kimia berbahaya.
tiada rasa pahit dan rasa tawar saja
bila makan tidak menyebabkan angin atau sakit urat.
Melegakan sakit saraf akibat kncing manis dan sembuh kan luka Kembali
Jika ada masalah slip diks sakit dah bertahun tahun dan tidak sembuh2 walau pelbagai
cara dah cuba…Insya Allah kita rawatkan sampai baik
Hubungi/WhatsApp:
Mohd Zuhairi Bin Noordin
017-468 7570
Insya-Allah, gula turun elok balik
Post a Comment